Yayasan Ikhlas

  • Hubungi Kami : +60 3-8926 5954
  • Email : yayasanikhlas2009@gmail.com



SALURKAN SUMBANGAN

Produk Inisiatif Yayasan Ikhlas

Yayasan Ikhlas menyediakan 10 Produk Inisiatif

i-SEDEQAH

Menerima sumbangan, infaq dan dividen tidak bersih untuk disalurkan ke golongan asnaf dan kurang mampu dan projek-projek pembangunan ummah

Team IKHLAS

Mengumpulkan sukarelawan dari pelbagai bidang dan kemahiran bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan

Tabung Pendidikan

Menyediakan geran penyelidikan, biasiswa dan bantuan peralatan dan pengajaran dan pembelajaran

Dakwah Muallaf

Inisiatif memberi bimbingan fardhu ain & asas agama serta memudahkan penyaluran zakat kepada muallaf

Waqaf

Usaha pemerkasaan pembinaan modal insan melalui pembangunan pendidikan & institusi

Qurban & Aqiqah

Memberi bantuan secara ibadah Projek Qurban dan Aqiqah di negara-negara dhaif

Tabung Kemanusiaan Syria

Membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Syria

Panel Penyelidikan

Menyelidiki isu semasa, ekonomi semasa serta bencana alam di Malaysia dan luar negara

Panel Syariah

Mengkaji dan memantau penyelarasan semua urusan atau projek yang dijalankan oleh Yayasan Ikhlas berdasarkan syarak

Pondok Yatim Ar-Raudhah

Projek rumah anak yatim tahfiz di Aceh kerjasama Yayasan Ar-Raudhah dan PKPU Aceh

Dato’ Mohd Rosli Ramli

Yayasan Ikhlas adalah sebuah badan yang ditubuhkan bertujuan untuk meringankan kesusahan dikalangan anak-anak yatim, orang kurang upaya, faqir dan mereka yang dilanda musibah akibat daripada sebarang malapetaka dan untuk memberi suatu biasisiwa atau insentif kepada individu atau kumpulan atas kerja-kerja pelajaran atau kerja-kerja penyelidikan di Malaysia. Ianya juga bertujuan untuk memelihara dan memajukan kebudayaan dan taraf hidup sosial orang-orang Melayu dan Islam.

Dato’ Mohd Rosli Ramli

Pada tahun 2016, Yayasan Ikhlas telah memainkan peranan penting di Malaysia dan Asia Tenggara, dalam pembangunan pendidikan, kebajikan dan perpaduan negara amnya. Dengan 14 projek kebajikan dan 10 produk Yayasan Ikhlas, seramai 17,923 orang dan keluarga telah menerima manfaat sepanjang 2016.

Dato’ Mohd Rosli Ramli

Antara projek kebajikan Yayasan Ikhlas sepanjang 2016 ialah Karnival dan Seminar Pendidikan yang telah memberi manfaat kepada 860 orang remaja, sumbangan Ramadhan kepada 1,554 individu dan keluarga asnaf , 670 orang asli dididik kesedaran pendidikan dan kesihatan, 120 mualaf Sabah dididik ilmu dan kefahaman Islam, misi ke kawasan pendalaman Sarawak sebanyak 13 misi, ibadah korban di 5 negara dan pengagihan daging kepada lebih kurang 7000 orang dan al quran Waqaf diserahkan kepada 2000 orang di institusi pendidikan, orang asli dan mualaf.

Yayasan Ikhlas meletakkan sasaran sasaran seramai 2500 penerima. Penerima ini adalah orang Islam yang memerlukan bantuan, fakir, miskin dan asnaf. Sasaran penerima ini akan dikumpulkan oleh sukarelawan Yayasan Ikhlas (Team Ikhlas) di setiap kawasan dengan kerjasama kariah Masjid / Surau atau penduduk setempat. Seseorang yang tidak ada kekuatan untuk bekerja kerana sakit, tua atau cacat dan masih menangung tanggungjawab keluarga, antara sasaran utama kami.
Yayasan Ikhlas memberi bantuan berterusan kepada pelarian Rohingya di Kem Pelarian Kutupalong, Kem Pelarian Leda dan kawasan sekitar Ukhiya, Cox's Bazar dan Tekanf. Bantuan yang diberikan dalam bentuk pembinaan telaga air, pembinaan madrasah, sumbangan makanan, selimut dan karpet solat.
Projek Bantuan Kemanusiaan di Kemboja dijalankan di Kg Senjumren, Tboung Khmom dan Kg Olung, Kratie. Antara projek utama yang disasarkan adalah Pembangunan Pendidikan (Pembinaan Sekolah), pembinaan telaga air (Tube well) dan ibadah qurban & aqiqah.
Ibadah Qurban & Aqiqah dijalankan di tempat yang memerlukan bantuan seperti di Kushtia, Bangladesh, kawasan pelarian Rohingya, kawasan pedalaman Kemboja, Lhokseumawe Aceh dan di kawasan perkampungan Mualaf Sabah dan Sarawak.
Berita Terkini

Yayasan sasar sumbangan Ramadhan kepada 2500 keluarga, individu miskin, fakir dan asnaf