Activities / 2019 News

Bersihkan Jiwa Kamu Dengan Berkorban Aidiladha ini

Penulis: Syafiq Syahmi Sazali
24
Mei
2019

Yayasan Ikhlas akan menganjurkan Projek Ibadah Korban & Akikah 1440H / 2019M di beberapa kawasan pedalaman yang memerlukan bantuan dalam 5 buah negara iaitu Malaysia (Sabah & Sarawak), Thailand, Indonesia, Kemboja dan Bangladesh.

Yayasan Ikhlas mengajak semua untuk bersama-sama menjayakan usaha ini bagi membantu umat Islam yang memerlukan.

“ InsyaAllah, nantikan pengumuman dari kami berkenaan Ibadah Korban & Akikah 1440H / 2019M dalam masa terdekat. Kita buat masa sekarang sedang perbincangan dengan wakil di setiap kawasan-kawasan korban bagi kemaskini harga bagi setiap bahagian korban… “ bagitahu Saudara Syafiq Syahmi, Pengurus Projek Korban Yayasan Ikhlas.

Pada tahun 2018, Yayasan Ikhlas telah menyampaikan daging korban kepada 15ribu keluarga yang memerlukan di 4 buah negara, dengan berkorban sebanyak 227 ekor lembu.

Untuk makluman lanjut, boleh layari website kami di : www.yayasanikhlas.org.my. Atau boleh hubungi Saudara Syafiq di talian (012 979 0211) Pejabat (03 8926 5954).